Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Sunday 12 October 2008

JeRaYaWaRa UNISSA (8 OKToBeR 2008)

Hari Rabu lepas, 8 Oktober 2008 telah berlangsung Taklimat JeRaYaWaRa UNISSA (Universiti Islam Sultan Sharif Ali) di Dewan SMSA kira-kira jam 10.00 pagi. JeRaYaWaRa ini adalah kali kedua diadakan & kebanyakannya pelajar-pelajar PraU1 & PraU2 yang mengikuti mata pelajaran Syariah & Usuluddin yang hadir. Banyak yang 'cuti' sendiri sudah memandangkan tarikh peperiksaan semakin hampir.
Pertama kalinya jerayawara seumpama ini telah diadakan pada 12 Januari 2008 (Sabtu) yang melibatkan MA 5 & Pra-U2.
Cikgu Hj Tarip bin Mat Yassin, Pendaftar UNISSA & Professor Madya Dr Hj Ismail bin Mat, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pengajian Lepas Ijazah UNISSA
not quite clear . . .
.
PENGENALAN
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) adalah Universiti yang kedua ditubuhkan oleh Kerajaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, pada 11 Zulhijah 1427H bersamaan 1 Januari 2007.

MOTO
Firman Allah (Surah al-Baqarah : 282) ;
Dan bertakwalah kamu kepada Allah, dan Allah mengajar kamu.”

VISI
Menjadi sebuah Universiti Islam tulen bertaraf antarabangsa yang progresif dan dinamik dengan berteraskan al-Qur’an dan as-Sunnah.

MISI
Sebuah universiti bertaraf antarabangsa yang menyediakan program pengajian, penyelidikan, dan pembinaan modal insan melalui kaedah-kaedah holistik, berteknologi terkini selaras dengan perkembangan dunia untuk melahirkan graduan yang salih, berwibawa dan berharga serta turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara.
FAKULTI & PUSAT
Mempunyai 4 buah Fakulti & 3 buah Pusat :
∆ Fakulti Syariah & Undang-undang
∆ Fakulti Usuluddin
∆ Fakulti Bahasa Arab & Tamadun Islam
∆ Fakulti Perniagaan & Sains Pengurusan
∆ Pusat Penataran Ilmu & Bahasa
∆ Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i
∆ Pusat Penyelidikan & Pengajian Lepas Ijazah


PROGRAM IJAZAH PERTAMA

A. BAHASA PENGANTAR : BAHASA ARAB
1. Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Kehakiman)
2. Sarjana Muda Syariah (Fiqh & Usul) *
3. Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir & Hadith) *
4. Sarjana Muda Usuluddin (Aqidah & Dakwah)
5. Sarjana Muda Bahasa Arab *
6. Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam


B. BAHASA PENGANTAR : BAHASA INGGERIS
1. Sarjana Muda Sains dalam Kewangan Islam (Bachelor of Science in Islamic Finance) *
2. Sarjana Muda Undang-undang (Bachelor of Law)
3. Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan Perniagaan & Teknologi Maklumat (Bachelor of Science in Business Management & Information Technology) *

* bagi program pengajian ini, para pelajar dibolehkan mengambil salah satu program minor seperti ;

PROGRAM MINOR
∆ Multimedia & IT
∆ Tamadun Islam
∆ Bahasa Arab
∆ Kewangan Islam
∆ Sistem Maklumat Perniagaan
∆ Keusahawanan
∆ Sains Pengurusan
TEMPOH KURSUS
Tempoh minima pengajian bagi Ijazah pertama ialah 4 tahun atau 8 semester (full time).
Cikgu Hj Mohd Adenin bin Hj Hamdan, Timbalan Pengetua 1 turut sama mendengarkan
aik sapa betupi aji a2? cua teka? :)
PROGRAM IJAZAH LANJUTAN
PROGRAM DOKTOR FALSAFAH (Ph.D)
$ Doktor Falsafah Syariah
$ Doktor Falsafah Usuluddin
$ Dokto Falsafah Bahasa Arab

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab / Inggeris / Melayu
Tempoh Kursus : 36 bulan (full time) atau 60 bulan (part time)

PROGRAM SARJANA (MA)
(secara Penyelidikan atau Kerjakursus & Disertasi)
$ Sarjana Syariah
$ Sarjana Usuluddin
$ Sarjana Bahasa Arab

Bahasa Pengantar : Bahasa Arab / Inggeris / Melayu
(secara penyelidikan sahaja)
Bahasa Arab (secara Kerjakursus & Disertasi)

Tempoh Kursus : 12 - 24 bulan (full time) atau 24 - 48 bulan (part time)

DIPLOMA PERUNDANGAN ISLAM & GUAMAN SYARI’I
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Tempoh Kursus : 24 bulan (full time)
M.C., Cikgu Hjh Norashidah, G.P. tutor & Cikgu Masdiana, Sociology tutor & career officer
.
SISTEM SEMESTER
Pengajian bagi program Ijazah Pertama & Ijazah Lanjutan adalah mengikut sistem semester. Bagi satu tahun pengajian terbahagi kepada 2 semester dan bagi 1 semester mengandungi 18 minggu, iaitu 14 minggu pengajian kuliah, 1 minggu cuti pertengahan semester, 1 minggu ulangkaji dan 2 minggu peperiksaan.
Semester 1 bermula hari Isnin pertama bulan Ogos & Semester 2 bermula pada minggu kedua bulan Januari.
Semester 1 : Ogos – Disember
Semester 2 : Januari – Mei

Semester Khas juga diadakan bagi para pelajar yang layak dibenarkan mendaftar sahaja untuk mengikutinya. Bermula pada hari Isnin pertama bulan Jun selama 7 minggu.
Semester Khas : Jun – Julai (7 minggu)

SYARAT KEMASUKAN

PROGRAM PENUH
1. Program Ijazah dengan pengantar Bahasa Arab, pemohon hendaklah lulus :
Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) atau sebanding dengannya dengan gred purata ‘JAYYID’
atau
lulus peperiksaan Brunei-Cambridge GCE A-Level dalam dua subjek aliran Arab dengan mendapat mata minima 160 & sekurang2nya gred C.

2. Program Ijazah dengan pengantar Bahasa Inggeris, pemohon hendaklah lulus :
2 subjek Brunei-Cambridge GCE A-Level dengan mendapat mata minima 160 & sekurang2nya gred D
atau
3 subjek Brunei-Cambridge GCE A-Level dengan mendapat mata minima 200 & sekurang2nya gred D
atau
International Baccalaureate dengan mendapat 28 mata
dan
mendapat sekurang2nya kredit 6 dalam Matematik & sekurang2nya kredit 6 dalam subjek Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O-Level
atau
gred C dalam IGCSE English as a Second Language
atau
band minima IELTS 6.0
atau
skor minima TOEFL 550

3. Pemohon yang memohon untuk mengikuti program aliran Arab, mungkin dikehendaki untuk menduduki dan LULUS ujian Bahasa Arab.
4. Pemohon berkemungkinan dikehendaki untuk menduduki dan lulus Ujian Kemasukan Universiti.
5. Pemohon hendaklah juga memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh program berkenaan.
Kiraan mata mengikut gred
Gred A = 120
Gred B = 100
Gred C = 80
Gred D = 60
Cikgu Suriani, Maths teacher & Cikgu Dk Mas Juleana, Sociology tutor
STATISTIK KEMASUKAN 2008 / 2009
Ijazah Pertama / Degree = 110
Ijazah Lanjutan (Sarjana) / Master = 29
Diploma Lepasan Ijazah = 6
Doktor Falsafah / pHD = 1
.
Kampus Sementara UNISSA – Bangunan IPISHOAS, UBD, Jln Tungku Link, Gadong
.
All details displayed are taken from the UNISSA talk & brochure.
For more details, visit unissa website or click here
mawardi 12102008 2.45pm

No comments:

The Author of Pena Ilham Minda

My photo
Kuala Belait, Brunei
Life has to go on... Life must be fulfilled with as many knowledge and skills as we can... And our life shall always be under the judgement of the Almighty, the One and Only, Allah subhanahu wata'ala and with the guidance of His prophet, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam...