Hampir setiap hari selama lebih kurang 3 minggu melalui jalanraya ini menuju ke destinasi, sepanjang itu juga lah 'garbage' yang menghuni kawasan ini semakin bertambah populasinya. Nak lalu kawasan lain, inilah jalan yang terdekat. Kadangkala bahkan setiap kali terlihat, agak menyesakkan pandangan mata. Suasana seumpama ini boleh men'cacat'kan keindahan & kelawaan tempat yang sewajarnya dijaga kebersihannya. Sedangkan kebersihan adalah merupakan salah satu lambang daripada keimanan, sehinggakan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri meletakkan posisi kebersihan - separuh daripada keimanan kita.
Jadi mengapakah perkara sebegini boleh terjadi? Apa puncanya? Siapa pelakunya? (Mungkin mereka yang menetap berhampiran? Suspek utamanya...) Di manakah pihak-pihak yang berkenaan yang sepatutnya memantau keadaan & situasi ini? Atau menanti pihak berkuasa ataupun pemerintah tertinggi membuat lawatan mengejut, barulah terkial-kial dalam mengusahakan untuk membisaikan kawasan terbabit? Tepuk dada, tanyalah sanubari. Akal diberi, gunakanlah seoptimanya. Kita serahkan kepada mereka-mereka yang berkenaan . . .
No comments:
Post a Comment