Subscribe

Saturday 24 January 2009

1st day as a 'student' . . .


besemangat d awal2 pagi... hahaha... sebelum betulak ke destinasi yg dituju... walaupun hari pertama tidak seindah yang dijangka, namun hari2 seterusnya bakal ditempuhi jua... chewahh... bemadah pujangga pulak daa... hehee...
moga2 dipermudahkanNya dalam segenap urusan...

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindunganMu daripada kelemahan, kemalasan, sifat pengecut, kedekut, nyanyuk dan azab kubur. Ya Allah, berikanlah ketakwaan kepadaku dan sucikanlah ia, kerana Engkaulah sebaik-baik Tuhan yang menyucikan, Engkau pelindung dan memeliharanya. Ya Allah, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, nafsu yang tidak puas dan doa yang tidak dikabulkan."

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah menjelaskan dalam kitab al-Wabil al-Sayyib, bahawa Abdullah Ibnu Abbas berkata hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara-perkara yang baik. Perkara kebaikan yang kita lakukan menyebabkan muka bercahaya, hati dikurniakan Nur, kesihatan tubuh badan, rezeki yang luas dan menyebabkan dikasihi orang lain. Sebaliknya kerja-kerja jahat yang dilakukan mengakibatkan muka hilang serinya, hati diselubungi noda, badan menjadi lemah, rezeki menjadi sempit dan dibenci manusia.

Firman Allah (Surah al-Kahfi : 10) ;
"Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."

Ayat ini dibacakan oleh pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ketika melarikan diri ke dalam gua (al-kahf) sebagai doa kepada Allah agar mendapat rahmat, dan hidayahNya agar berjaya mempertahankan keimanan mereka. Rahmat yang dimaksudkan dalam ayat ini merujuk kepada ilham dan hidayah yang membawa kepada kejayaan di dunia dan di akhirat. Pemuda-pemuda itu memohon kasih sayang Allah agar memberkati usaha mereka di dunia dan akhirat.
{Tafsir Ruhil Ma'ani}
.
mawardi 24012009 10.00pm
.

No comments:

The Author of Pena Ilham Minda

My photo
Kuala Belait, Brunei
Life has to go on... Life must be fulfilled with as many knowledge and skills as we can... And our life shall always be under the judgement of the Almighty, the One and Only, Allah subhanahu wata'ala and with the guidance of His prophet, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam...