Bismillah Hirrahma Nirrahim
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu ni'mat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah (ayat Makkiyah) dan bermaksud sungai di syurga (ni'mat yang banyak). Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah subhanahu wata'ala makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya' Allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah subhanahu wata'ala bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah subhanahu wata'ala akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
.
mawardi 21122008 3.30pm
.
No comments:
Post a Comment