HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Hijrah membawa pengertian
Hijrah membina pengorbanan
Hijrah mencetus pengabdian
Hijrah menggilap penghormatan
Hadirmu utusan Allah
Penyinar seluruh alam
Flora dan fauna turut gembira
Fatamorgana tersenyum ria
Engkau tabah
Engkau gagah
Engkau tak mudah menyerah kalah
Segala rintangan jua cabaran
Semua diredah
Demi kehormatan
Demi kesucian
Demi perjuangan
Menegakkan syiar Allah
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Pengorbananmu
Teramat tinggi teramat dalam
Tinggi melimpasi awan
Dalam menjunam lautan
Pembawaanmu
Menyuluh pelusuk alam
Menghiasi umat segenap insan
Risalahmu
Unggul ke akhir zaman
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Meredah panas terik mentari
Mengharung gerimis hamparan bumi
Kota Mekah ditinggal pergi
Demi menyahut panggilan tuntutan Ilahi
Kota Yathrib galang ganti
Menuntut hijrah berkorban abadi
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
.
Hijrah membawa pengertian
Hijrah membina pengorbanan
Hijrah mencetus pengabdian
Hijrah menggilap penghormatan
Hadirmu utusan Allah
Penyinar seluruh alam
Flora dan fauna turut gembira
Fatamorgana tersenyum ria
Engkau tabah
Engkau gagah
Engkau tak mudah menyerah kalah
Segala rintangan jua cabaran
Semua diredah
Demi kehormatan
Demi kesucian
Demi perjuangan
Menegakkan syiar Allah
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Pengorbananmu
Teramat tinggi teramat dalam
Tinggi melimpasi awan
Dalam menjunam lautan
Pembawaanmu
Menyuluh pelusuk alam
Menghiasi umat segenap insan
Risalahmu
Unggul ke akhir zaman
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Meredah panas terik mentari
Mengharung gerimis hamparan bumi
Kota Mekah ditinggal pergi
Demi menyahut panggilan tuntutan Ilahi
Kota Yathrib galang ganti
Menuntut hijrah berkorban abadi
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
.
Tola'al badru 'alaina, Min tsaniyyaa-til wadhaa
Wajabasy-syukru 'alaina, Maa-da'a lillahi daa'ie
Madinah Al-Munawwarah
Medan perjuangan dakwah Islamiah
Mengeratkan hubungan sesama ukhuwah
Risalahmu menjadi pegangan
Umat Islam bertambah pedoman
Umat Islam mencambah iman
Perwatakanmu
Tiada terbilang
Kesungguhanmu
Gilang gemilang
Perjuanganmu
Sungguh cemerlang
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Kini
14 abad telah berlalu
14 kurun menumpang jitu
Risalahmu tetap jadi ikutan
Ajaranmu tak lesap ditelan zaman
Engkau tegakkan hati yang longlai
Engkau bangkitkan semangat tersemai
Engkau hidupkan jiwa yang mamai
Engkau lah kekasih Allah
Muhammad ya Rasulullah
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Hijrah penggerak minda taqwa
Hijrah sepadu bangsa perkasa
Hijrah menggubal tamadun manusia
Hijrah mengharap keredhaan Yang Esa
Madinah Al-Munawwarah
Medan perjuangan dakwah Islamiah
Mengeratkan hubungan sesama ukhuwah
Risalahmu menjadi pegangan
Umat Islam bertambah pedoman
Umat Islam mencambah iman
Perwatakanmu
Tiada terbilang
Kesungguhanmu
Gilang gemilang
Perjuanganmu
Sungguh cemerlang
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Kini
14 abad telah berlalu
14 kurun menumpang jitu
Risalahmu tetap jadi ikutan
Ajaranmu tak lesap ditelan zaman
Engkau tegakkan hati yang longlai
Engkau bangkitkan semangat tersemai
Engkau hidupkan jiwa yang mamai
Engkau lah kekasih Allah
Muhammad ya Rasulullah
HIJRAH ….. HIJRAH ….. HIJRAH
Hijrah penggerak minda taqwa
Hijrah sepadu bangsa perkasa
Hijrah menggubal tamadun manusia
Hijrah mengharap keredhaan Yang Esa
.
p/s ; Sajak ini telah dinukilkan pada tahun 2005 sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam 1426H / 2005 ( peringkat sekolah) dan telah dibacakan oleh Pichi (Dk Soffiezah binti Pg Abu Bakar). Juga telah mendpt penghargaan dalam Peraduan Seni Kreatif Islam sempena sambutan Isra' Mi'raj 1426H / 2005 anjuran Pusat Dakwah Islamiah, KHEU, BSB.
.
SALAM MA'AL HIJRAH 1430
.
"Kedewasaan bernegara dengan ZiKiR"
.
moga MaWaDDaH, SaKiNaH, RaHMaH
senantiasa mengunjung kita setiap detik setiap ketika
sementelah iNaYaH, HiDaYaH & MaGHFiRaH
lembayung Ilahi seantero dunia
sementelah iNaYaH, HiDaYaH & MaGHFiRaH
lembayung Ilahi seantero dunia
.
mawardi 29122008/1 Muharam 1430H 10.00am
.
No comments:
Post a Comment