from left, Ustaz Noor Saiful Rizal, Farid Hakkim & Hilmi
Firman Allah (Surah at-Taubah : ayat 122) ;
"Tetapi alangkah baiknya keluar daripada tiap-tiap kaum itu satu kelompok, supaya mereka memperdalamkan pengetahuan tentang agama, dan supaya mereka memberi peringatan kepada kaum mereka apabila mereka kembali supaya mereka berhati-hati."
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam,
"Sesiapa yang keluar pergi ke masjid, tiadalah dia bertujuan melainkan untuk mempelajari kebaikan atau mengajarkannya. Maka dia akan memperohi pahala haji yang sempurna hajinya." [Hadith Riwayat at-Tabrani, al-Hakim dan al-Maqdisy]
Daripada Abu Hurairah radiyallahu anhu, bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,
"Dan tiadalah berkumpul suatu golongan di rumah-rumah Allah (masjid, tempat ibadah atau sekolah agama) kerana membaca kitab Allah (al-Qur'an) dan mereka bertadarrus sesama mereka, melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka dan mereka diselubungi rahmat dan dinaungi para Malaikat. Dan mereka disebutkan Allah (dipujikan) kepada sesiapa yang ada disisiNya (para Nabi dan Malaikat)." [Hadith Riwayat Muslim]
Dalam sebuah riwayat yang lain, dari Abu Hurairah radiyallahu anhu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,
"Dan sesiapa yang menjalani (mencari) suatu jalan yang boleh mendapatkan suatu ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan yang membawanya ke syurga." [Hadith Riwayat Muslim]
"Beriman dan beramal sumbernya ialah ilmu. Ilmu diperolehi dengan belajar. Tidak ada ertinya iman kalau tidak ada amal, dan tidak ada pula ertinya amal kalau tidak ikhlas." [Hukama']
mawardi 02082008 11.00pm
No comments:
Post a Comment