Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Monday 4 August 2008

Majlis Meraikan Saudara Baru

Petang tadi, bertempat di surau SMSA, Social & Staff Welfare dan JPI telah mengungkayahkan majlis ringkas meraikan salah seorang tenaga pengajar yang baru sahaja memeluk agama Islam (pada 25 Julai lepas) iaitu Mr Gregory Teo Soon Hock (Biology 6th form tutor) yang telah memilih nama Islamnya - Muhammad Mikhail Gregory bin Abdullah Teo.
Awg Muhammad Mikhail Gregory diapit oleh Cg Ak Hj Reza Redzuan & Cg Osman

Sebelum acara bermula . . . . .
Cg Baby Fauziah, Cg Nurfazliana, Ustazah Hjh Norsiah & Dyg NurAshikin
Cg Sharifah Raihani, Cg Khatijah, Cg Emisa & Cg Dk Mas Juleana
Cg Rudy Suharde, Cg Khairul Salleh, Cg Zulizam, Cg Johari & Cg Hj Rawi
Cg Justina, Cg Siti Maznah, Cg Hjh Rashidah, Cg Hjh Umikhalsom & Cg Norlelawati
Some PreU1 Syariah students for Dzikir . . . . .


Acara dimulakan dengan ucapan daripada . . . . .
Cg Hj Md Adenin, Timbalan Pengetua 1

seterusnya Dzikir Marhaban . . . . .
dan acara menepung tawar & menabur bunga rampai... as usual
dimulakan dgn TP1









Acara diakhiri dgn bacaan doa selamat oleh Ustaz Hj Abd Rahim




Alhamdulillah, seorang lagi hamba Allah mendapat cahaya nur Islam & hidayahNya. Mudah-mudahan beliau akan menjadi seorang muslim yang mengamalkan syari'at Islam, mengerjakan amar ma'aruf menjauhi nahi munkar, dan sentiasa berada dalam lindungan Ilahi, serta mendapat rahmah, inayah & maghfirah Allah setiap detik setiap ketika. Aamiinn...

Firman Allah (Surah ali 'Imran : ayat 18 - 20) ;
"Allah menyatakan bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia. Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian (yang ada) di antara mereka. Sesiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabNya.
Kemudian jika mereka membantah kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah : 'Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku.' Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi al-Kitab dan kepada orang-orang yang ummi : 'Apakah kamu (mahu) masuk Islam.' Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya."

mawardi 04082008 9.00pm

No comments:

The Author of Pena Ilham Minda

My photo
Kuala Belait, Brunei
Life has to go on... Life must be fulfilled with as many knowledge and skills as we can... And our life shall always be under the judgement of the Almighty, the One and Only, Allah subhanahu wata'ala and with the guidance of His prophet, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam...