August 24th, a week away b4 the fasting month, many wedding invitation were held throughout our country...... One of my cousin, Siti Maisarah binti Muhammad was also got married to Ak Md Indera Shahrin bin Pg Md Said.... Here are some of the photos shot....
Ak Md Indera Shahrin & Siti Maisarah
'Akad nikah' ceremony before the 'bersanding'
as usual's..... posing outside.....
with her nephews & cousins
my bro & adeq, my bro-inlaw & my youngest bro
yuyun, bu'ajah (auntie), bu'inur (auntie), salwa & kaka
Sarah's & her parents (angah) before officially married
* * * * *
Firman Allah (Surah an-Nisa’ : 1) ;
“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangan (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat dan keturunan lelaki dan perempuan yang ramai.”

Firman Allah (Surah ar-Ruum : 21) ;
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Seungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.”

Firman Allah (Surah al-Furqan : 74) ;
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertaqwa.”

Firman Allah (Surah an-Najm : 45 – 46) ;
“Bahawasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan dari air mani, apabila dipancarkan....”

Hadith Rasulullah s.a.w. :
“Barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, dia bukan dari aku (bukan dari kalangan umatku). Dan sesungguhnya berkahwin adalah sunnahku, maka sesiapa yang mengasihiku hendaklah dia melaksanakan sunnahku.” [HR Ahmad ibn Hanbal]
* * * * *
Hadith yang diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.a. :
Rasulullah s.a.w. telah pun bersabda kepada kami, “Wahai kumpulan pemuda, barangsiapa yang mampu di kalangan kamu berkahwin, hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu boleh memejamkan mata dan memelihara faraj (dari melakukan zina). Dan barangsiapa yang tidak mampu berkahwin, maka wajib ke atasnya itu berpuasa. Maka sesungguhnya berpuasa itu dapat mengurangkan hawa nafsu jantinanya.”

[Muttafaqun ‘Alaih]
* * * * *
Hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. :
Sesungguhnya Nabi s.a.w. memuji Allah dan mengucap syukur kepadanya, serta bersabda, “Aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka serta aku mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang benci sunnahku itu bukanlah dari kalanganku (bukan umatku).” [Muttafaqun ‘Alaih]

Berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Dzar al-Ghifari r.a. ;
Beberapa orang dari para Sahabat Nabi s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang kaya banyak memperolehi pahala. Mereka menunaikan sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan mereka berpuasa sebagaimana kami berpuasa, namun mereka dapat bersedekah dengan kelebihan harta mereka!” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah Allah telah memberikan kepada kamu banyak hal yang dapat kamu sedekahkan? Tiap satu kali tasbih (mengucapkan Subhanallah) adalah sedekah, tiap satu kali takbir (mengucapkan Allahu akbar) adalah sedekah, tiap satu kali tahmid (mengucapkan Alhamdulillah), tiap satu kali tahlil (mengucapkan La 'ilaha 'illallah ) adalah sedekah, tiap ‘amar ma’aruf adalah sedekah, tiap nahi mungkar adalah sedekah. Bahkan jika seorang dari kamu bersetubuh dengan isterinya adalah sedekah.!” Mereka bertanya, “Ya Rasulullah, apakah jika seorang dari kami memenuhi kehendak hawa nafsunya itu dia mendapat pahala?” Baginda menjawab, “Tahukah kamu, jika hal ini dilakukan oleh seseorang secara haram dia terkena dosa?” Mereka menjawab, “Ya tentu!” Rasulullah s.a.w. kemudian menegaskan, “Demikian juga jika hal itu dilakukan secara halal, dia mendapat pahala.”

No comments:
Post a Comment