MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA RAKYAT DAERAH BELAIT
@ Padang Bandaran, Kuala Belait
Saturday, July 19, 2008
Sultan and Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
HRH the Crown Prince, Pg Muda Mahkota Pg Muda Haji Al-Muhtadee Billah
HRH Prince Pg Muda 'Abdul Malik
HRH Prince Pg Muda 'Abdul Mateen
Cikgu Ak Hj Reza Redzuan, SMSA
Happy 62nd birthday to
His Majesty, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah,
the Sultan and Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam
Taat dan patuh kepada raja atau Sultan selaku pemerintah dalam sesebuah negara adalah dihukumkan wajib, dan menduduki tangga ketiga selepas mentaati Allah dan Rasul. Alhamdulillah, selama lebih kurang 41 tahun baginda sultan menerajui takhta kerajaan, banyak kemajuan dan pencapaian telah kita perolehi dan kemudahan dari pelbagai prasarana turut sama dinikmati oleh segenap lapisan rakyat, baik dari segi pendidikan, sosio-ekonomi, kebudayaan, kesihatan, kemasyarakatan, dan sebagainya. Dengan iringan doa, mudah-mudahan KDYMM & keluarga baginda sentiasa berada dalam lembayung pemeliharaan Allah, sihat wal'afiat & sejahtera hendaknya setiap masa. Amiiinn...
Daulat Kebawah Duli Tuan Patik
Sekadar untuk renungan bersama ;
Firman Allah (Surah an-Nisa' : ayat 59) ;
"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) di antara kamu (selagi mereka berpegang kepada ajaran Allah). Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan RasulNya (Sunnah Rasulullah / Al-Hadith), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ;
"Mendengar dan taat kepada ketua adalah menjadi kewajipan ke atas orang Islam sama ada yang disukainya dan yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk melakukan sesuatu maksiat maka tiadalah boleh mendengar dan taat." [Hadith Riwayat al-Imam al-Bukhari]
mawardi 19072008
10.45pm
No comments:
Post a Comment