Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Thursday 3 July 2008

Syarahan Agama 2007 (Peringkat Saringan)




Foto-foto yang sempat dirakamkan oleh jurufoto 'non-profesional' semasa Acara Pertandingan Syarahan Agama antara Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Senegara (Peringkat Saringan) kali ke-19 bagi tahun 2007M / 1428H di Sekolah Menengah Sayyidina Ali, Kuala Belait selaku tuan rumah. Acara tersebut telah berlangsung pada hari Khamis, 3 Mei 2007 bersamaan 15 Rabi'ul Akhir 1428H (8.30 pg - 12.45 tgh hr).




Cikgu Hjh Kinah selaku ketua jemaah hakim merangkap pengawas am bersama yg byk membantu, memberikan idea & buah fikiran dari sebelum acara sehinggalah acara selesai. Bersama-sama dgn pelajar-pelajar yg membantu perjalanan acara. Kelihatan juga Cikgu Khairul Salleh selaku juruacara & Cikgu Harman selaku pencatit masa.

Sebahagian daripada guru-guru pengawas & pelajar-pelajar yang turut serta menyaksikan acara sepanjang setengah hari ia ke 'udara'. Jamuan pagi diberikan sekitar jam 9.30 pagi sementara jamuan tgh hr tepat jam 12.30 setelah acara selesai.


Di antara muka-muka students SMSA yg kelihatan ialah pelajar-pelajar Pre-U2 Syariah & Usuluddin (selaku AJK Pembantu) yg di tugaskan utk membantu AJK Majlis. Ahli Jawatankuasa Kerja bagi acara yang julung-julung kalinya di adakan di SMSA ini dikendalikan oleh para pegawai pelajaran & guru-guru dari Jabatan Pengajian Islam & Jabatan Bahasa Melayu / Kesusasteraan Melayu / MIB, SMSA termasuk 3 guru T.P. (used 2b my ex-students too!!)

Duduk dr kiri : Fairuz, Adeq (Dk CT Nurul Adibah), Hj Firdaus, Hj Alimin
Berdiri dr kiri : Yazid, Sa'adiah, Aloh Hazirah, Asdy (Conference Room)
Duduk dr kiri : Norain, Azhar, Nurul Halifah, Hamizah
Berdiri : CT Khairunisa, Ropia'ah (A.V.A. Room)

Dr kiri : Noraqilah, Fadia, Mahirah, Khadijah (A.V.A. Room)

Cikgu Sanisah & Cikgu Azrina (T.P. teachers) dah pun bergelar cikgu skrg.

CT Khairunisa & Ropia'ah






Hanya seorg peserta sahaja yg telah dirakam sdg mempersembahkan syarahannya, out of 22 peserta lelaki & 24 peserta perempuan dr 28 buah sekolah yg menyertai.

Kelihatan juga sbhg hakim-hakim yg menilai, memerhati seterusnya mencatatkan jumlah markah bagi setiap sudut seperti fasih/lancar, suara / antonasi, isi, suara, teknik / gaya, tertib.





5 drpd 8 peserta yg terpilih masuk ke Peringkat Akhir.


Meskipun terasa letih dgn kesibukan sepanjang sebelum acara berlangsung bermula dr detik penyediaan program di awal tahun, urusan surat menyurat, taklimat, mesyuarat, perjumpaan, stationery, urusan jamuan, hadiah, sijil, dsb sehinggalah perjalanan majlis selesai, alhamdulillah acara dpt berjalan dgn lancar. Tanpa bantuan semua yg terlibat, acara ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dgn jayanya.
Untuk itu, berbanyak2 terima kasih yg tidak terhingga (mungkin ada kelupahan) kpd semua yg terlibat menjayakan majlis ini terutama kpd AJK Kerja khasnya guru-guru JPI & JBM, SMSA (termasuk Cikgu Hj Adenin, TP1 yg sama2 byk membantu, turut melihat & merasakan kepenatan bersama :), AJK Pembantu (my ex-students PreU2 SYR & USD), Pegawai-pegawai JPKK KB & BSB, Hakim-hakim, Catering Marsha, juga guru-guru pengawas & peserta2 semua sekolah yg ikut serta di keempat2 daerah & semua yg berkongsi sama tak kiralah dr segi idea, tenaga, kewangan dsb. Segala jasa & pengorbanan yg dicurahkan di dalam majlis ilmiah itu hanya Yang Maha Esa saja boleh memberikan ganjaranNya. Insya Allah....
"Tugas guru bukan setakat mengajar di dalam bilik darjah, bahkan lebih kpd mendidik jiwa, mengongsikan ilmu, bertukar2 maklumat & informasi semasa, melatih, membentuk, mengasuh, memperbaiki, serta menjana akhlak & sakhsiyah yg murni & luhur utk bangsa, agama & negara."
Jari-jemari ligat menekan abjad, utk perkongsian ilmu & pengalaman.
mawardi 03072008
11.30pm

No comments:

The Author of Pena Ilham Minda

My photo
Kuala Belait, Brunei
Life has to go on... Life must be fulfilled with as many knowledge and skills as we can... And our life shall always be under the judgement of the Almighty, the One and Only, Allah subhanahu wata'ala and with the guidance of His prophet, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam...