Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Tuesday 9 September 2008

Puisi Ilham Minda 1

ISLAM AGAMA BERTAMADUN
.
Empat belas abad telah berlalu
sejak Muhammad s.a.w. dilantik sebagai Rasul
Utusan Allah, Khatimul Anbiya’
menghapus segala kejahilan umat
membidas semua tahyul dan khurafat
membasmi seluruh kebejalan fikiran
mengubah setiap kemunafikan insan

Islam lahir di tengah-tengah kemunduran akhlak
Islam muncul di saat-saat kekufuran aqidah
Islam membawa seribu rahmah dan inayah
menyuluh kegelapan sanubari ummah
mengubat keresahan hati-hati fikrah
menyegar kegelitaan minda manusiawi
menjernih kekosongan jiwaraga nurani

Nur Ilahi terpancar ke seluruh alam semesta
Dari ufuk timur dan barat
Ke utara dan selatan
dunia tersergam indah
rahmat Allah menyinar sekeliling maya

Islam bukan agama untuk masyarakat Melayu semata
Islam agama untuk semua bangsa di dunia
Bangsa Cina, India, Inggeris malah seluruhnya
Islam sesuai dianuti oleh sesiapa jua
Firman Allah (Surah ali Imran, ayat 19)
Innad Diina 'Indallahil Islam
"Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah ialah Islam"

Islam agama universal
Islam agama sejagat
Islam agama seantero dunia
membentuk budaya masyarakat madani
membangun sosio-ekonomi berdaya maju
mengoptimum pengetahuan dan pendidikan ukhrawi
menceria tamadun ummah dunia terkini

.
** Penghargaan - Peraduan Penulisan Seni Kreatif Islam 1427 H / 2006 M (sempena sambutan Isra' Mi'raj 1427H) anjuranPusat Dakwah Islamiah, KHEU, NBD.
.
mawardi 09092008 6.15am

No comments:

The Author of Pena Ilham Minda

My photo
Kuala Belait, Brunei
Life has to go on... Life must be fulfilled with as many knowledge and skills as we can... And our life shall always be under the judgement of the Almighty, the One and Only, Allah subhanahu wata'ala and with the guidance of His prophet, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam...