Subscribe

Powered By

Free XML Skins for Blogger

Powered by Blogger

Wednesday 10 September 2008

Ta'abudi (patuh tanpa soal) hanya meliputi perkara ghaib?

Ditulis oleh Hafiz Firdaus {Wednesday, 12 September 2007}

Assalamualaikum,
Maaflah yea..boleh explainkan pada saya dengan bahasa yang paling mudah saya tak berapa faham..bagaimana ya? Setahu saya soal patuh tanpa soal (ta'abuddi) hanya meliputi perkara seperti Israk Mikraj

Jawapan THTL:

Firman Allah swt (maksud),
"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu bertanyakan hal-hal yg tidak diterangkan kepada kamu, niscaya akan menyusahkan kamu." (al-Maaidah:101)

"Dan mereka bertanya kamu tentang ruh, katakanlah," Ruh itu termasuk urusan Tuhanku." (al-Isra':85)

"Mereka bertanyamu tentang Kiamat, "bilakah berlakunya?"Siapakah kamu yg dapat menyebut (tarikhnya)?" Kepada Tuhan-mulah dikembalikan kesudahannya." (An-Naazi'at: 42)

Asas dalam agama Islam ialah: ada perkara yang mampu diujikaji atau yang boleh kita rasionalkan dan ada perkara yang ghaibiyat (hidden things) yang kita perlu beriman dan tidak banyak mempersoalkannya misalnya persoalan ruh, alam Malaikat, jinn, dsbnya.

Golongan rasionalis tulin (atheis/sekuler/komunis/golongan yang menjadikan sains sebagai agamanya) hanya akan percaya sesuatu jika dapat dibuktikan dgn akal dari segi logiknya. Golongan ini akan sentiasa meminta rasional dalam semua perkara: misalnya kenapa kita menghala ke Ka'bah ketika solat, kenapa solat 5 kali dalam 24 jam, kenapa umat Islam berpuasa, kenapa kita tidak makan khinzir, kenapa kita menjauhi anjing (sedangkan anjing adalah man's best friend), kenapa kita tidak gambling, minum arak..dsbnya

Maka kita berwaspada dengan golongan ini kerana Islam adalah gabungan unsur ghaib dan nyata. Apa yang kita kena percaya, maka kita percaya sahaja, jika ia bersangkutan dgn realiti, maka kita boleh kaji dan cari rasionalnya.

Mengenai larangan anjing dan babi ia bukanlah perkara ghaibiat (ghaib) kerana babi dan anjing itu wujud secara real dan kita boleh mengkajinya jika kita mahu (tidak salah berbuat demikian).

Allah menegah babi dengan ayat-ayat berikut dan menjelaskan sebabnya (terjemahnnya):
"...kecuali bangkai, darah mengalir atau daging babi kerana barang-barang itu rijs (keji dan najis) atau terlarang ." (al-An'am: 145).

Juga dlm ayat,
"Dan menghalalkan atas mereka segala yg baik-baik serta mengharamkan yg buruk." (al-A'raf: 157)

Huraian:
Rasional
dari Allah sendiri babi itu rijs (jijik/kotor/jelik/najis). Umat Arab tidak pernah melihat babi kerana babi bukan binatang padang pasir, lalu para sahabat tidak pernah bertanyakan apakah sebab sebenar babi diharamkan.

Namun kajian-kajian telah dilakukan dan membuktikan apa jua yang Allah dan Nabi saw haramkan kepada manusia memang ia buruk atau najis atau membawa mudharat kepada manusia. Samada manusia nak percaya tanpa soal atau nak buat kajian silakanlah...tapi setiap yg haram memang membawa mudharat kepada manusia.

Umat Islam dilatih dan diasuh supaya berbedza dgn Bani Israil yang sentiasa bertanya, meminta rasional, mempersoalkan Tuhan dan Nabi mereka. Perbedzaan itu ialah kita sentiasa bersangka baik dgn Tuhan dan bila Tuhan mengharam atau menegah manusia, semestinya ia ada kebaikan tanpa menunggu Allah SWT mendatangkan rasionalnya.

Apabila Allah SWT menyuruh dilaksanakan Hudud misalnya, jika ada umat Islam yang meminta rasional atau menyatakan alasan sekarang seluruh dunia pakai undang-undang civil, maka undang-undang Tuhan tak releven lagi, maka itu bukan mentaliti umat Islam sebenar.

Maka jika ada yg menyatakan kita sudah menemui teknologi terkini untuk membunuh segala kuman dalam babi, maka ia selamat dimakan...kita tetap menolak rasional dan keingkaran itu kerana ia bukan tabi'at umat Islam sebenar.

Rumusan:
Watak pemeluk Islam sebenar ialah ia menjadi hamba Allah, patuh kepada titah perintah-Nya melalui kalam Tuhan Al-Qur'an dan perantarannya Muhammad saw (as-Sunnah).

Apa jua titah perintah Tuhan dan Nabi-Nya dipatuhi tanpa soal jika ia melibatkan urusan alam ghaib seperti rukun-rukun Iman atau hukum-hakam yg putus. Umat Islam boleh bertanya untuk penjelasan atau metod melakukan dengan betul, umat islam juga boleh bertanya dan mengkaji dan mempersoalkan hukum-hakam yg tidak disebut dalam Al-Qur'an dan asSunnah untuk mendapat penjelasan dan rasional.

No comments:

The Author of Pena Ilham Minda

My photo
Kuala Belait, Brunei
Life has to go on... Life must be fulfilled with as many knowledge and skills as we can... And our life shall always be under the judgement of the Almighty, the One and Only, Allah subhanahu wata'ala and with the guidance of His prophet, Muhammad Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam...